Thursday, October 22, 2009

Erm ... Aku bosan r

Assalamualikum...
Dah lama tak post something kat sini. Aku bizi ar. Banyak koje ... sampai kene perli2... pengurus pon tak bizi macam aku. Ahaks.....
Nie aku tengah bengang nak print tak leh ... huhu

Friday, October 9, 2009

Selamat Hari Raya

Halo halop ... da lama tak berblog nieh ... dari sebelum raya memang sibuk giler... lepas raya lagi sibuk ... pastu tenet kat opis ni tah apa2 tah sebelum raya ... asyik dc jer.... sampai raya  pun tak sempat nak wish untuk kawan2 blogger ... leh agi kan wish Selamat Hari Raya , raya kan sebulan ... Ampun maaf atas segala keterlanjuran kata, tersilap faham dan terlanggar bahu buat dono jer. 

Raya kali ni aku dapat lama sket cuti, Alhamdulillah .... tengok nak sambung citer pon Noya kacau ... sambung lain kali ek.

Friday, September 11, 2009

Roh di Bulan Ramadhan ~ Untuk Ayah Tersayang

Menurut satu hadith Rasulullah menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

"Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu, Damai la engkau disana di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi"

Al Fatihah buat arwah ayah tersayang ... Azib bin Dollah

Monday, August 24, 2009

Kisah hari ini

Hari ni da masuk hari ke-3 umat islam berpuasa. Alhamdulillah ... tak terasa pon tak makan walaupun selalunya masa2 cam ni aku dah habis susu secawan. Mmg tu power untuk aku start hari2 normal aku... kalau selalu tak kene nes ker teh ker... aku jadi biol untuk satu hari ... tapi takper.. aku cover time sahur.
Erm... 2 hari cuti , aku qadha sepuasnya waktu tidur aku. Bukannya apa... seminggu lepas mana aku dan kawan2 lain ada masa berehat, even hari minggu ponggg kami sibok.
Korang penah tak sukakan orang tak? Aku tengah hadapi krisis diri yang dahsyat ni ... cewah ayat tak hengat. Aku tak penah ader perasaan macam ni pada mana2 makhluk pon sebelom ni. Sapa kita nak benci umat Muhammad (SAW). Kita ni apa ada? Sedangkan Nabi (SAW) ampunkan ummat. Tapi aku tak tau. Kalau aku buat jahat, hati aku sakit. Kalau aku buat baik... hati aku lagi sakit. Huh u ... tolong!!!!!
Tapi yang herannya ... walau apa pon aku buat ,,, die tak penah serik, macam tak nak paham. Atau memang hati die keras.
Apa aku merepek-meraban ni daaaa.
Aku tak tau da caner nak handle. Aku tak nak bersikap macam tu ngan die tapi kalau aku mula bercakap elok2 sket mula lah die lebey2... nak manja2... nak rengek2... eeii aku gelilah macam tu. Tak rock ar cam tu. Heheh... nak elak dibuat macm tu ... aku dingin, aku ngelak dari die. Ditegor sepatah ... ½ patah aku jawab. Kalau aku jwb leklok nanti ... aku sendiri yg meremang2. Nak manja2... lentok2 ngan aku... aku tak suke!!!
Tapi bila aku bersikap dingin, aku pulak yang sakit ati. Apa aku da buat ni? ... adui ... apa yang aku crita kat atas ni pong aku dok tahuuu. Ha ha ha ... sekadar luahan perasaan dipagi 03 Ramadhan yang syahdu ni. K lah ... nak sambung wat keje lak.

Friday, August 21, 2009

Blogosphere at INSTEDT

Assalamualikum...
Salam pagi Jumaat yang penuh Barakah (nama blog ustat...:-) tolong promote hehehe). Erm, esok dah menjelma 01 Ramadhan yang dinanti2.Alhamdulillah kita sumer diberi kesempatan lagi untuk menikmati pesona bulan yang mulia ni kali ini. He he he ... kalau kecik2 dulu, mesti terdetik... alaaa.... da sampai bulan pose ker? Itu dulu, zaman budak2. Sekarang ni nak jadi mak budak pon boleh cume tak ready jer. Ahaks...

Tapi yang aku tgh dok kalut ni apa? Pasai nak bukak puasa esok. Apadaaa kalut. Shida ajak ikut die balik Muor. Kalau die tak balik ngan Ayob, nak jugak aku ikut. Tapi Ayob ada daa. Noni ajak ikut balik Waha... hu hu. Ani pon ada ckp... kalau muka tak malu leh ikut die balik Adela... hu hu ... tak ah Ani tak cakap macam tu. Panda kesayangan aku tu pulak suruh masuk kampung @ maksud yang lagi jelas, balik Pekan Nenas ... umah Mak Ngah Intan. Mak Ngah ajak aku sambut Ramadhan kat sana katanya.

Sumer tak nak! Last, Panda ajak balik JB... buka sama2. Pon aku tak nak. Aku tak tau daaa... napa ni?

Klah ... ader student nak jumpa daa.... hik hik hik.... satgi aku layan balik. Sebab so far entri aku takder kene mengena ngan tajuk lagi ni. Nanti kene kutuks.... k ek .DAaaaa

Thursday, August 20, 2009

Lagi Gambar Kami








P/S: Ustat... lepas ustaz takder ... da abis yang hensem ... ha ha ha ... gurau je.

Free Signature Generator


LPPKP-UiTM INSTEDT, Desaru Golden Beach Hotel