Assalamua'laikum! Hi, I'm Azleen. Simple and sweet ... ececece. Sometimes when I can't shout, cry, scream ... I'll did it ... HERE!!! Once u came, do keep in touch! Travel This Visitors Tracking Sweetsour Momen Penting
![]() ![]() ![]() ![]() Try to click these! ![]() Friends of Mine Message to Me
TweetJer AzleenDotBiz Credits Section
Skin By LetthaKyra
Background APKBest view in Google Chrome only.
| Saturday, January 31, 2009 | Saturday, January 31, 2009 | 2 komen entri ni
Hi all, it's me again ... who else you want to find on my blog. Ahaks :) . Erm... masa berlalu dengan cepat sekali. Dalam tak sedar dah masuk 3minggu aku kat Bandar Penawar ni. Ternyata aku sudah mula sukakan tempat ni. Tempat ni ok sebenarnya dengan jiwa aku... aku kan suka ketenangan ... riuh dalam diam ... cewah ... poyojer. But serious... this place is very calm. Aku ingat kali ni cuti tak balik JB ... nak g tengok Balau (Tanjung Balau), tpi Shidah pulak balik kampung. Minggu depan, InsyaALLAH kalau takder aral nak balik JayBee, cuti Thaipusam. Erm balik aritu pun nak pegi Hutan Bandar... sorang2...jogging. Panda tak bagi :(. Balik cuti Thaipusam ni pun Abang tak cuti, bukannya boleh g mana2. Nak g sorang, hampeh die nak bagi. Tapi ... entah2... silap haribulan aku balik Klantan. Ada sesuatu berlaku di kampung yang menggamit hatiku untuk pulang, walaupun sekejap. Ntahla. Tu la aku kata, aku sebenarnya bukan tak suka Bandar Penawar tapi masa dan keadaan yang membuatkan aku jadi macam tu. Disember 2008 dan Januari 2009 memang payah untuk aku lupakan sepanjang bergelar insan. Banyak sangat rasanya yang aku lalui untuk tempoh 2bulan ini... yang mungkin mengambil masa setahun untuk dialami oleh orang lain... ewah. Segalanya tiba2. Tapi takpe... itu maknanya Tuhan sayang. Bila kita ader masalah... kita akan mengadu domba padanya ... jadi dekat pada~Nya. Sepanjang 2 bulan ni ... pelbagai dugaan terjadi dalam hidup aku yang banyak menuntut kesabaran dan mematangkan aku dalam kehidupan ni. Hubungan aku dengan Panda sendiri ... tak goyah ... cuma kami dalam tempoh peralihan. Peralihan alam... itu belum masuk rumahtangga lagi (kalau panjang jodoh... Amin). Ternyata jarak yang hanya 80km lebih buat kami gusar kejap... kejap aje ... ahaks ... poyo jer. Tp Alhamdulillah... da ok. Masalah keluarga kat kampung... yang tetiba dilanggar geroda (ader ke?...) yang menuntut aku untuk banyak bersabar dan banyak berkata-kata. Nak kata nasihat... sapalah aku nak bagi nasihat kat orang. Adik2 la... bakal adik iparla... he he he ... pendek kata macam2la. Masalah kat tempat keje ... yela... tempat keje lama tu... (kat mana ek?)... Aku tak faham apa yang ada dibenak mereka2 ni. Tempat tu bukannya besar pon ... kecik je tp ... pergolakkan di dalamnya ... astgahfirullah. Sabo jele. Da la tu dengar sekarang ... makin teruk keadaan kat sana. Moga2 keadaan akan segera berubah. Masalah dalaman aku sendiri... hehehe... tapi mana ader manusia tanpa masalah. Cuma aku rasakan sepanjang 2bulan ni bertimpa2 yang aku cuba handlekan satu2... kadang2 aku bior je... layaaaaan. Hehehe... Malam semalam aku pergi majlis berinai CT kat Felda Air Tawar 4. Aku p tumpang Rozi. Aku, Intan ngan Rozi satu kete. Noni, Cat, Aza ngan Rosni satu kete. Nak pergi majlis arini tpi nak pegi ngan sapa?... Noni and the gang ada lawan boling kat Danga Mall arini. So, nak tak nak ... join depa p semalam la. Geng Noni satu kete singgah kjap jer jumpa CT...lepas tu depa gerak pi JayBee. Aku, Intan ngan Rozi... tunggu sampai berarak... siap posing atas pelamin ngan pengantin lagi pastu sampai makan ... huhu. Masa CT ngan pasangannya Wan tgh sanding tu ... aku terfikir pasal aku. Taknaklah aku buat macm tu... aku nak simple2 jer. Memang syok buat macam tu ... tp kalau kat umah tu mak macam tak biasa lagi nak handle sumer2 tu. Pasal makanan sumer... mak tak biasa... ha ha ha. Selalu kalau buat makan kat umah tu ... aku lah yang paling sibuk kat dapur. Dari persiapan sampailah dah habis majlis. Masa bertunang aritu pun... da nak sarung cincin pun aku tgh sibuk dengan cawan kat dapur. Ataupun aku ni memang jenis tak harap kat orang... abisla........ ![]() ![]() ![]() Mak: Laa... da memang kawen ... sekali seumur hidup. Aku: Orang nanti... tak nak lah macam tu mak... orang nak simple2 je. Mak: Mengada-ngada tu Azleen... Aku: Ala ... asal orang tau da la mak! Mak: Erm, kalau ikut kau ... memang! Panggil tok kadi, beli roti cicah kuah kari jer. ![]() |