Assalamua'laikum! Hi, I'm Azleen. Simple and sweet ... ececece. Sometimes when I can't shout, cry, scream ... I'll did it ... HERE!!! Once u came, do keep in touch! Travel This Visitors Tracking Sweetsour Momen Penting
Try to click these! Friends of Mine Message to Me
TweetJer AzleenDotBiz Credits Section
Skin By LetthaKyra
Background APKBest view in Google Chrome only.
| Pregnancy - 7 minggu
Thursday, October 6, 2011 | Thursday, October 06, 2011 | 0 komen entri ni
Perkembangan janin yang berusia 7 minggu (firts trimester) dalam perut ibu. Sekarang panjang embrio dalam setengah inci / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur, dan ia mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini. Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20 bayi anda membesar dengan pantas, dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak. Anda sekarang berada dalam keadaan geliang-geliut trimester pertama, di mana ramai wanita berungut tentang ketidakselesaan dan sakit-sakit. Anda mungkin tak dapat menahan muntah, sebab anda sedang menghidapi mabuk hamil, sebahagian daripada akibat hormon-hormon kehamilan dalam badan anda. Anda mungkin terasa hendak kencing lebih kerap dari biasa - uterus anda yang berkembang menekan pundi kencing anda, dan hormon juga menjejaskan imbangan cecair dalam badan anda. Semua ini akan berkurangan apabila kehamilan anda berlanjutan. Senaman adalah baik bagi anda. Rujuklah bahagian kecergasan untuk mengetahui apakah bentuk senaman yang selamat ketika hamil. SUMBER: BABY CENTER Labels: bayi, happy time, hati, ibu |