A WALK TO REMEMBER
Assalamua'laikum!

Hi, I'm Azleen. Simple and sweet ... ececece.
Sometimes when I can't shout, cry, scream ... I'll did it ... HERE!!!
Once u came, do keep in touch!


Travel This

Story About Links Goodies


online user(s)



Visitors Tracking

free counters


Sweetsour




Momen Penting
Daisypath Happy Birthday tickers ~~~~~~~~~~~~ Daisypath Happy Birthday tickers ~~~~~~~~~~~~ Daisypath Anniversary tickers ~~~~~~~~~~~~ Daisypath Anniversary tickers ~~~~~~~~~~~~


Try to click these!



Friends of Mine



Message to Me



TweetJer



AzleenDotBiz



Credits Section
Skin By LetthaKyra
Background APK
Best view in Google Chrome only.
Kita Buka Muka Buku ....eh Buku Baru
Monday, January 2, 2012 | Monday, January 02, 2012 | 0 komen entri ni
Assalamua'laikum ... selamat pagi dunia (poyo jer... heheeh)!!!

Selamat Tahun Baru 2012. Erm ... Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas 
di muka bumi ALLAH ini. Kejap jer masa berlalu kan? Macam-macam berlaku 2011 yang lalu, yang pahit, yang manis. Banyak sangat. Dalam banyak2 bulan tu kan ... bulan yang paling menduga keimanan adalah bulan 9 ngan 10... haish memang banyak sungguh lah dugaan. Takperlah ... dugaan yang diberi ALLAH adalah yang sesuai dengan kita. Alhamdulillah.
Past is past. Apa yang penting ... ambil iktibar dari setiap yang berlaku. 
Kita buka BUKU BARU.

Cakap pasal azam. Tak pernah pulak pasang azam tiap2 tahun ,,, azam general2 macam tu ader lah (boleh ker term azam general?)... tapi kali ni nak narrow down sket ... eceh! spesifik kan lagi... wauweee!

1. Nak kurus (ni azam dari zaman dolu2 lagi... tapi makin kembang aderlah) tapi awal2 tahun lagi dapat feedback +ve dari cik siti azizah sadikon kiter , kata I makin kurus ... semangat ni!

2. Nak jadi isteri lebih baik untuk suami (erm... banyak buat dose ni) ... heheheh ... aderler takleh citer kat sini. Anak lebih baik untuk Puan Khatijah Awang Chik & arwah Pok Zib (rindu ayah ... ) dan kakak yang baik untuk adik2. Tak lupa ... menantu yang baik untuk mertua ... boleh gitu? Nampak sangat sebelum ni tak elok ek Azleen?....

3. Nak majukan Jabatan Sains Komputer... beberapa aktiviti already in my head. In my head!

4. Nak start belajar elok2... asyik tergendala jer ... sob2.

Cukup dulu tak?... hehehe banyak kang tak tercapai pulak akalku. 

Semoga dapat tercapai. Macamana measure?... erm boleh2 measure. Pray for me. 
Wassalam.


Labels: , ,


Obses @ Cinta?
Friday, December 30, 2011 | Friday, December 30, 2011 | 0 komen entri ni
Assalamua'laikum...

Ada orang tak?

Hehehe lupa lak, sayalah tuan rumah. Ada tuan upernya blog ni. Dah lama tak berbelog (boleh bahasa gitu?). Jangan nak bagi alasan ... sibuk lah .. bla bla bla ... alasan jer sumer tu ... hehehe yang sebenornya MALAS.

Dalam pada tu banyak bende terjadi pada si tuan umah ni (aku ler tu) ... banyak suka duka yang berlaku sepanjang tahun 2011. Kenangan paling manis mestilah aku disatukan dengan Abang ... izin ALLAH. Alhamdulillah ... kenangan manis lagi ... aku disahkan pegnen (kesalahan tatabahasa lagi) setelah 5 bulan kawen ... syukur ya Rabb. Sempat 3 bulan kandungan ku dijemput Ilahi. Bukan rezeki aku dan Abang lagi... aku sentiasa yakin dengan hikmah di sebalik sesuatu itu (cewah ayat sastera pulak).

Erm apa yang aku nak luahkan kat sini hari ni bukan pasal aku tapi pasal orang lain (hah, ngumpat letteew!). Tak lah ... aku cuma luahkan di sini ... kadang2 aku tak tau macamana nak handle orang macam ni? Macamana?.... This person bagi aku sangat taksub/obses atau mungkinkah ini cinta ... pada suami sendiri. Dah lama dah kawen tapi masih nak bercerita lagi hal-hal kejadian hari perkahwinan seolah-olah kendurinya baru semalam. Erm... bende ni, somewhat (&(&(**)-

Bersembang sikit, bukak cerita hal suami, bersembang sikit ..."suami aku itu" "suami aku ini" ... not to say jealous. Alhamdulillah ... setiap rumahtangga ada ceritanya masing2 (terima kasih Abang :-)... eh tetiber! itu jer yang mampu diungkapkan)... tapi tak payahlah nak bercerita. Bagi aku ... bahagia, duka, sedih ... tak payah nak bercerita ... semuanya terpancar daripada gerak laku , wlwpn ader sesetengah manusia layak digelar Pelakon Terbaik Anugerah Kehidupan (boleh?).

Aku cuma bengang ... kadang2 tak tau macamana nak adapt cerita2 yang berulang2 ... please grow up. Pastu sejak dua menjak ni, bila jauh je ngan suami ... keje tak boleh nak fokus, tergendala, demam ... sakit... itu yang aku tertanya-tanya ... hebatnya cinta. Aku tau org2 terdekat sumer perasan. Malah baru2 ni aku ditanya oleh someone whom I report to (work matters lah!... heehhe) ttg perubahan drastik this person. Aku tak tau nak ckp apa, as a frend... aku rasa nak ajer bagitau ... sbb kdg2 kita tak sedar kita ni behave semacam tapi aku rasa dia tak boleh terima.

Benda ni aku tak pernah cerita pada sesapa tapi aku sedar ... ramai yang tak boleh nak tgk cerita astro dia (ulang cerita sama) ... sbb kawan2 bereaksi semacam. Bawak kain pelikat suami bila pergi jauh pun nak cerita kat orang ... diam2 jer dahlah. Huhuh ... adakah aku jeles? taklah aku pon buat jugak macam tu ... lagi teruk ... ni hah ... letak online lagi ... tapi aku tak bagitau macam tu. Tak payahlah nak ckp kuat2 bestnya kawen ... sedangkan disekeliling ... ader ramai kawan2 yang sebaya tak kawen lagi. Belajar sensitiviti. Aku mmg tak sahut lah cerita2 macam ni. Suami urut pun nak cerita ... it is aurat rumahtangga ... isn'it?

Aku tak tau apa nak buat... dia baik. Aku tak nak die terus-terusan mcm tu perangainya. Sekarang pon sorang2 jer... kawan2 malas nak dengar cerita sebenarnya. Ya ALLAH .., ampunkan Aku. KAU lagi Maha Mengetahui. Tunjukkanlah jalan yang benar buat kami... AMIN.



Labels: ,


Pregnancy - 7 minggu
Thursday, October 6, 2011 | Thursday, October 06, 2011 | 0 komen entri ni
Perkembangan janin yang berusia 7 minggu (firts trimester) dalam perut ibu.

Sekarang panjang embrio dalam setengah inci / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur, dan ia mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini. 

Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20 bayi anda membesar dengan pantas, dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak. 



Anda sekarang berada dalam keadaan geliang-geliut trimester pertama, di mana ramai wanita berungut tentang ketidakselesaan dan sakit-sakit. Anda mungkin tak dapat menahan muntah, sebab anda sedang menghidapi mabuk hamil, sebahagian daripada akibat hormon-hormon kehamilan dalam badan anda. Anda mungkin terasa hendak kencing lebih kerap dari biasa - uterus anda yang berkembang menekan pundi kencing anda, dan hormon juga menjejaskan imbangan cecair dalam badan anda. Semua ini akan berkurangan apabila kehamilan anda berlanjutan. 

Senaman adalah baik bagi anda. Rujuklah bahagian kecergasan untuk mengetahui apakah bentuk senaman yang selamat ketika hamil. 



SUMBER: BABY CENTER

Labels: , , ,


Sedondon Ke Tak?
Monday, August 15, 2011 | Monday, August 15, 2011 | 2 komen entri ni
Salam Ramadhan ke 15...

Sabtu lepas pergi Kota. Niat yang dipasang sejak awal lagi nak cari baju untuk dipakai pada malam berbuka puasa INSTEDT 17/08/11 nanti. Saya ni bukannya jenis tiap event kene cari baju, cuma kali ni rasa macam nak pakai baju sebab sumer baju dah bawak pi kelas. Baju yang ader tinggal tu , kalau pakai satgi over lah pulak. Jadi dengan nekadnyer panas2 tu pegilah sengsorang. Nak cari kaler hitam, sebab dah bincang dgn suami, tema tahun ni-HITAM. Ececece...

Sabtu punyalah ramai org kat Kota, sampai nak cari parking kene pusing 2-3 kali. Ish ish ish ... cari apalah depa ni. Mula2 survey kat bawah2 tu ... kat peniaga drpd kemboja yang glemer2 tu ;-) ... kat butik2 tu ... takder pulop kaler hitam yg berkenan. Urm ... pikir punya pikir... naik kete semula ... hala ke Plaza Kota...
(gambar ehsan encik google)
malas nak parking luar ... masuk dlm tekan lif ... senang ... org pon ra,ai jugak kat dalam ... adush ... erm ... kelur pintu lif .... round satu pusing ... last2 ... yg kat tepi lif tu jugak saya beli... heh heh heh ... dapatlah sepasang kurung pahang warna hitam ... kilat2 ... kain chiffon (betul ke tak eja nie?...)...Balik tu singgah bazar tepi kipmart jap ... jamu mata jer... tak der yang membuka selera ...huhuhu.

Hari Ahad, bangun lewat sket pukul 10. Sumer keje dah beres ... heheheh lepas mandi tu ... nonton TV, skali dgr bunyi kete .. suami saya... surprise lagi ... (dalam hati ... yay yay)... Rupa2nya suami balik nak ajak p beli baju raya. Balik minggu depan dah tak payah pegi beli. Ke Kota sekali lagi ... 2 hari berturut-turut.

Setelah penat pusing2 kat bawah tu, suami tak jumpa yang berkenan dihati. Akhirnya ... naik plaza kota. Kita terus pegi kedai yang semalam. Terus suami nampak yang berkenan. Tapi masalahnya ... suami dah berkenan warna hijau turqoise pulak .....!!! Adoiyai ... saya da beli kaler hitam.
Tiba2 ... suami kate ... cari baju kaler sama jugak ... adik tu yg carikan ... Jumpa! Kaler hijau turqoise gak ... kain opel ... cantik! Alhamdulillah... heheheh ... dapat lagi baju raya.

Balik tu singgah bazar Ramadhan yang sama... suami saya pon mcm tak terbuka selera, Yang terbuka selera... org dok beratur ... panjang yang amat... Ayam Golek Mawi. Cari jugak Mawi nyer mana... Mawi lain upanya .... hehehehe. Suami tak nak, panjang sangat.

Baliklah dengan hati yg gembira. Erm... balik tu terus try bajunya... (suami lah) ... suker no dia. First raya bersama sebagai suami isteri ... InsyaALLAH.

Sempat berbuka sama.... dalam pukul 10.30 ... suami dah gerak semula ke Gelang Patah ...

Dadaaa.... nak g bazar Ramadhan Bandar Penawar.

Assalamua'laikum.

Labels: , , ,


Sepuluh hari ke 2 Ramadhan : Keampunan
Friday, August 12, 2011 | Friday, August 12, 2011 | 0 komen entri ni
Erm ... pejam celik ... tutup buka ... sedut hembus ... dah masuk hari kedoblas umat Islam berpuasa. Kejap jer masa berlalu. Dah masuk 10 hari kedua bulan Ramadhan. Ramadhan ni terbahagi kepada 3: 10 hari pertama ...adalah Rahmat daripada Ya Rabb, 10 hari kedua adalah keampunan dan 10 hari yang terakhir ... pembebasan daripada api neraka.
Kat mana aku? Takut bila difikir. Keje kat opis beria aku siapkan... kadang2 sampai penatnya bawa ke malam ... dah terlepas peluang2 keemasan. Frankly speaking ... honestest... sejujurnya ... tengah merangkak-rangkak semula nak perbaiki diri. Tapi kalau ingat sekali zaman paling best buat sumer ni masa kat UiTM Dungung Ganu dulu ... masuk usrah, tarawikh tak miss ... (sampai kat Shah Alam pon ader yang tak miss ... hak hak hak ... line clear satu bulan ... ) ... pastu rajin pulak topup2 amalan ... bangun malam2 buat apa yang berfaedah, ngaji sampai tertido...aduhhh rindunya zaman tu.
Jadi macam ni ... la ni ,.,, kenapalah agaknya. Amalan berkurang ... nikmat Tuhan bagi tak pernah berkurang ... Alhamdulillah ... makin bertambah ada lah, syukur. Tapi tu lah ... kalau sbenarnya ...secara halus nya ... itu tanda2 org yang sombong (Naudzubillah) ... kacang lupakan kulit.
Tulah .. dalam kepayahan (bukan senang nak istiqamah dalam ibadat ni) .. aku kutip balik apa yang tertinggal... malah ingin jadi ... hari ini lebih baik daripada semalam. Amin. Semoga aku dapat imbangkan hal2 dunia ni ... manusia biasa ... mudah tersasar.
10 hari kedua Ramadhan ... keampunan ...

~ KHAILEEN ~




Labels: , , ,


TAKDER KEJE =)
Tuesday, June 7, 2011 | Tuesday, June 07, 2011 | 0 komen entri ni
Cuti yang lepas ... banyak masa habis kat umah ... ngan suami... malas nak gi jalan-jalan. Kota Tinggi ... hujan. Aktiviti ngan suami ,,,, masak... kemas umah .... Dari hari tu nak makan roti canai. Alih2 pagi sabtu ngan ahad aku bersarapankan roti canai ... erm ... mmang sedap. Alhamdulillah, dapat jugak makan roti canai kat kedai pakcik tu.

masa nak kuar tu hujan lebat .... sempat snap gambar ... cantik kan..... ?


ujan.... 

kete suami kiter ... 

- laman rumah kat felda cantik-cantik -

cantik pulak dalam gambar .... eceh ... 

 - simpang ke Adela - 

 - sk sening -

- kedai2 - 

 - parking, nak try roti canai restoran ibu pulak -

 - ujan rahmat -

 - warga felda pagi2 dah keluar membeli keperluan harian - (ayat skema)

- nampak tak suami kite... hahhaha abang yang turun pegi beli ayam,
kita tunggu dalam kete... sejuk -

pastu arini download movie lagi ... heheheheh e... Lelaki X... 

Labels: , ,


Masak-masak : KEREPEK PISANG
| Tuesday, June 07, 2011 | 0 komen entri ni


Assalamua'laikum ...

3 hari lepas kan kita belajar buat kerepek pisang ... ngehehehehe ... sama tak macam kat kedai ... tengok gambar atas tu? ngehehehe...... da lama nak buat lepas belajar ngan makcik (Mak Yatt). Tak terbuat, last2 kita decide nak tunggu suami balik baru nak buat. Jumaat lepas, walau dah letih ke sana ke mari settlekan hak kete ... balik sempat melencong ke kedai pisang kat Tunggal. Sampai2 jer tanya pakcik tu, "Pakcik, kita nak belajar buat kerepek pisang... kita tak tau yang mana sesuai... yang mana ye pakcik?..." Pakcik tu gelakkan aku ... pilih punya pilih ... beli 8 biji pisang tanduk ... sekilo RM3.50 ... Total RM8.00. Ptg tu suami kiter balik ... malam terus buat ... Alhamdulillah, jadik ... buat 3 biji dulu.... erm... malam tu jugak ... hampir licin tupperware. hEHEHEHE..... semalam suami kiter cuba buat .... jadik gak tp hangit sket ...

Labels: , ,


Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air ...
Saturday, April 2, 2011 | Saturday, April 02, 2011 | 0 komen entri ni

Alhamdulillah, selamat suda... tu yang siap guna peribahasa bagai ...
Ngeheheh.... tapi sebenarnya it's just the beginning ... btol tak?

Jap azleen, apa yang selamat... apa yang beginning ni?... erm...
Alhamdulillah, 18hb Mac 2011 ... lebih kurang jam 08:30 pagi yang sudah, aku sah bergelar isteri
kepada Mr.Panda.... ops ... maaf Abang =) ... da tak boleh panggil panda
nge hehehehe .... Majlis sanding pada 19 Mac 2011.... buat skali dengan majlis sambut menantu farhan&fauziana =)
Alhamdulillah ... segalanya berjalan lancar..... dengan izin Yang Satu. 
Cuma manusia yang paling penat ... of cozlah aku! and my family.
Terima kasih yag tak terhingga buat 
1. Ibu yang tersayang ... Puan Khatijah Awang Chik 
(p/s: malam yang hari bersanding tu ... mak penat sgt2... tgh2 bercakap sambil duduk leh terlelap...heheh)
2. Angah tersayang ...Encik Faisal Azib (en. wali)
ingat2 angah yang tukang sambut orang .... bendenya ... last2 ... die yang tukang amek
makanan, tujang kemas2.... ngeheheheh....
3. Kak Cik .... Cik Nor Aziean Azib ...
gembira bukan kepalang, sehari sebelum sanding acik dapat balik ... malam tu acik sampai dr singapore...
hampir mau nangis,... kalau tak majlis aku tak semeriah hari tu tanpa adik pompuan aku 
sorang ni .... balik2 terus penat giler.... banyak keje kne wat
4. Ed ... Inche Farid bin Azib ....
terpaksa ponteng kelas sehari ye dik ... lps majlis tak larat nak balik polisas....
antara org kuat ... tukang angkut makanan dari umah maksu jah .... bizi nampak die aritu...
5. Yayang ... Inche Firdaus Azib
.... tak sempat nak layan2 aus mcm biasa ...
naseb bek aus pandai bawak diri .... rajin ... Subhanallah
takder sesaper suruh ,.,... nampak jer bende tak elok dibetulkan ....
nampak pinggan mangkuk lintang pukang ... yayang kemaskan .....yayang sgt
6. Abecik @ pengantin buruk .... inche Farhan bin Azib
.... sian die ... die nak bersanding gak (sambut menantu) ... tapi die yang sibuk tunggang
langgang ... wat keje .... negeheheheh .... sampai da nak berarak ... baru turun dari keta pi buat apa tah.
Time kasih sangat2. 

Terima kasih juga kepada saudara mara yang sanggup menolong untuk majlis tempohari. Tuhan saja yang dapat membalasnya....








Labels: , ,


Kembali
Wednesday, March 30, 2011 | Wednesday, March 30, 2011 | 2 komen entri ni
Salam bahagia buat semua

Erm ... rasanya nak kembali berblog ... da lama tak menulis. Baca org punya blog jer.... komen pon tak. As long tau perkembangan teman2....


Labels: ,


Kita hanya merancang ... Tuhan yang tentukan ...
Thursday, December 30, 2010 | Thursday, December 30, 2010 | 0 komen entri ni
Alhamdulillah, akhirnya yang aku ngan yaya pi hantaq borang tu ... dapat. TETAPI... lain pulak lah kisahnya. Bak tajuk aku kat atas tu ... Kita hanya merancang namun ALLAH Yang Maha Kuasa telah menentukan segalanya ... serius bunyinyer... hurm... takderlah .... actually aku terpaksa tangguh study dulu. (pulak dah ... )
Seru da sampai, terpaksa ikut dulu. Kalau ikut kata orang aku dah tua ... ikut aku ... okey lagi ... heheheh . Aku memang lain sket. Tapi Panda pon ader cakap ... kita dah tue... itu die ... but I still sweet 17-en. Hik hik hik .....
Erm terpaksa tangguh dulu satu sem. Sebab ... aku tak nak rugi tak datang kelas. InsyaALLAH ... hari PENYERUAN tu bulan 3 ni ... aku dengan adik aku skali. Cuti keje jer dah boleh habis cuti tahun ... ni nak ponteng kuliah lagi ... haish ... tak boley tak boley ... mau kene repeat paper nanti, naudzubillah. So, jalan terbaek, aku tangguh dulu. Sayang memang sayang. Tapi sekali lagi ... aku mmg dari dulu yakin ... setiap yang berlaku ada hikmahnya. InsyaALLAH.
By the way, thanks to ALLAH.

Labels: ,


Gomo Kelate Gomo
Wednesday, November 3, 2010 | Wednesday, November 03, 2010 | 0 komen entri ni
Final Piala Malaysia 2010 sudah melabuhkan tirainya. Tahniah kepada skuad Gomo Kelate Gomo (lambat pulok ucap tahniah). Tahun ni rezeki piala malaysia wak kelik kelate... hehehe. Alhamdulillah dan tahniah lagi kepada sumer. 
Aku minat gak bola tapi tak fanatik cam sri... heheh sori Sri Arjuna. Tapi lately aku tak suke tgk tgh2 ... aku tgk tang nak abes jer. Nak tgk keputusan ... tak sanggup tgk pasukan feberet kalah ... hehehe lagipun nanti ... pengulas sukan dah bertukar pada aku! huhu.
Tapi takleh lupa pengalaman manis tgk World Cup 4tahun lepas ... ngan arwah ayah, faizal, farhan .... kami berempat malam2 tgk sama2... kat umah kat Majidi. Manisnya kenangan tu, bila pasukan farhan ... silap... sampai senget2 aku ditolaknya ... hahaha manisnya kenangan tu. Rindu ...
erm...ni aku tgh jaga bilik gerakan ngan asri. kalau ikut bosan ... mmg bosan jaga bilik kebal tp sem ni 3 kali jer jaga sebab AJK unit exam dah ramai ... hheheheh. 
satgi nak sambung tulis modul database... sok nak g UTM ngan Yaya ... hantar borang. semoga berhasil... amin. jauh lagi perjalanan =)



Labels: ,


Apa yang aku buat...
Saturday, October 23, 2010 | Saturday, October 23, 2010 | 0 komen entri ni
Salam ...
Balik dari cuti rayer aritu ... aku banyak kene keluar opis ... keje pon kelam kabut. Aku pun boleh nampak prestasi keje aku malah personaliti dan kualiti aku sebagai hamba ALLAH ... makin worse... Astaghfirullah. Aku janji ... aku cuba perbaiki diri. Jgn diikut sangat benda2 yang lagha, yg jadikan aku pada penghujungnya tak dapat apa2 ... yang aku rasa kosong.

Bangkit Azleen... ubah ... hurm... bukan senang bila nak berhadapan dengan diri sendiri sebenarnya. Huhu ... akibat kezaliman aku ... aku dera diri ... makin membesar badan ni ha.... sob sob sob...

Jadi yang lebih baik daipada semalam ... =)

Labels:


keje keje keje
Tuesday, October 12, 2010 | Tuesday, October 12, 2010 | 0 komen entri ni
Salam ...

Erm ... arini aku terdetik nak post something kat sini.. kalau tak aku lalu jer.. sebab nak nengok link kawan2. semalam aku ngan beberapa kengkawan ... went to Segamat ... ziarahi keluarga intan .... intan suraya ... staff jabatan sains komputer ... ayahnya telh kembali ke rahmatullah pada 09.10.10. Takziah buat intan sekeluarga. sama2lah kita doa'kan semoga roh arwah ayah intan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman.
balik umah semalam kol 10 sampai sebab nyinggah umah nora kat saujana ... ramah maknya ...:-) thank makcik ... pastu sampai .. mandi solat. ani tito umah aku ... noni mmg takder ... arini die nyanyi kat bukit jalil ... koir. nyembang2 ngan ani sekali kol 12 baru tido ... huhuhu
Dalam kepala banyak bende nak buat sampai tak terbuat .... aekekekekek ... dah biasa dengar dah ...banyak bendde nak buat sampai tak terbuat ... tu yang layan blog jap ni.
Erm... kla nak g solat lu ... dah lambat ni, hehehhe ... yg penting aku update gak :-) yuhuuuu....

Labels: ,


Baru aku tau ...
Friday, September 3, 2010 | Friday, September 03, 2010 | 0 komen entri ni
Salam Ramadhan buat kesekian kalinyer ... 

Ramadhan masih berbaki ... di usia sebegini baru aku kecapi apa maknanya Rindu Ramadhan! Baru aku rasa berat hati sangat nak berpisah dengan Ramadhan ... tak sempat buat apa-apa ... Ramadhan berlalu ... dalam pada masa yang sama aku masih menghitung hari untuk pulang ke pangkuan keluarga (besar2 pun nak dipangku lagi... ngegehegehe) ... Rindu! Apatah lagi Aus, awal2 aku tepon ... baju raya nye aku dah belikan ... spontan Aus cakap "Terima Kasih" ... pilu hati aku ... pandai adik aku tu :-).

Semalam, last keluar berbuka ngan Panda (baru kali ke-2 pun... :-) ) berbuka kat Nasi Ayam Baser kt Kota ... erm... dalam perjalanan ke Kota, 

Aku: Farhan ajak Abang pegi sama Melaka nanti kan?

Panda: Tulah ... tapi macamana Abang balik Perlis ... kesian kat die, dahlah tunang haritu tak diizinkan pergi.

Aku: Bagi saya tunang aritu takperlah pergi ... tapi nak ttp tarikh die ni macam tak elok jer Abang pergi, nanti tak pasal2 orang tanya pasal kiter!

Panda: Buat sekali! (sama-sama ngan Farhan) ...

Aku: kelu...

Panda: Habis tu kita ni sampai bila nak macam ni? Takkan nak macam ni jer?

Aku: kelu lagi ...

Tiba2 aku bukak topik lain ....
Dah kenapa ngan aku ek? ... tak tau apa nak cakap... apa masalah aku. Maaf Abang.

Tapi seperkara lagi bende yang aku baru faham semalam ... benar2 faham ... pasal diri aku semalam. Kadang2 kita ni ... diri sendiri pun kita tak kenal ... kita tak sedar kenapa kita bertindak sedemikian dlm perbuatan kita. Kita susah nak terima kesalahan sendiri, kdg2 ingat kita ni betul jer.... hehehe. Tapi dalam diam aku sedar sesuatu. Alhamdulillah , sangat bermakna dan berguna buat aku. 

BTW, kelas untuk sebelum cuti raya dah takder. Naik cuti ni pulun untuk budak2 final pulak. Dah 3 sem aku pegang paper CSC UiTM ni ... tapi kali ni feedback agak menakutkan aku. Kuiz ngan test (yang aku tgh tanda ni) sgt menyedihkan. Sejak aku pegang paper ni ... keputusannya Alhamdulillah jadi normal balik sebab sblm ni paper ni antara paper yg UiTM highlight...(ramai failed lah, carry mark tak sama lah ngan final) Tapi kali ni macam pelik jer... aku risau. Apa yang tak kena aku ajar yer sem ni?... lepas cuti ni kene betulkan apa yang tak betul ni, kalau tak... penat nak menjawab :-(... nak habiskan tanda paper ni pon takder mood :-( ... 5 jer lagi azleen ...  jer lagi! ... huhu

Klah .,, nak g solat jap. Jumpa lagi. Dadaa ...

Labels: , , , ,



Older Post