
|
Assalamua'laikum! Hi, I'm Azleen. Simple and sweet ... ececece. Sometimes when I can't shout, cry, scream ... I'll did it ... HERE!!! Once u came, do keep in touch! Travel This Visitors Tracking Sweetsour Momen Penting
~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~
Try to click these!
Friends of Mine Message to Me
TweetJer AzleenDotBiz Credits Section
Skin By LetthaKyra
Background APKBest view in Google Chrome only.
| Wednesday, September 14, 2011 | Wednesday, September 14, 2011 | 1 komen entri ni
Lokasi: Masih di Perlis lagi Masa: Hari Raya Pertama dan Kedua Salam Aidilfitri, Kali ni episod ke-3, saya nak bercerita pengalaman pertama beraya kat Perlis. Lain mmg lah lain. Dulu saya iron baju satu family saya... skrg saya iron baju suami ... heheheh.Pagi2 lagi dah bangun, warga veteran ader kat dapur. Kung-kang kung kang ... buat baki persiapan, sebab kuih muih sumer dah letak dlm balang semalamnya. Banyak lah jugak kuih muihnya, orang ni bawak sikit, orang tu bawak sikit. Last2 penuh meja. Alhamdulillah. Lepas gosok baju suami ... tunggu giliran mandi. Bilik air dua, orangnya rmai... jadi kene tunggu turnlah. Abang masuk mandi bilik air Mama. Dah mandi tu, tengah siap2 Tok ketuk pintu bilik. Saya dah janji nak gi solat Hari Raya sama Tok. Saya tak ikut Abang ngan yang lain ... depa solat kat Masjid. Saya ngan Tok solat kat Surau Kg Tok Peduka :-). Abang ngan Oyang hantar saya ngan Tok kat surau. Nasib baik masa sampai tu org tak ramai lagi. Dah nak solat tu... penuh saf, sampai kene solat tingkat atas. Depa bukak tingkat bawah jer... lelaki depan, perempuan saf belakang. Alhamdulillah, selesai solat dengar khutbah Raya... lain sikit rupanya Perlis dan Kelantan. Tengah baca khutbah tu pun ader yg baru sampai. Ader kesukaran agaknya tadi. Masa salam tu, ramai tanya Tok... siapa saya? Femes jugak Tok ni upanya (dalam hati saya :-) ) ... Tok jawab.... ni lah org pompuan Fasya (gelaran Abang di kampung dan dikalangan ahli keluarga) .... Oooo Orm pompuan Fasya :-). Tok nak ajak pi kubur Wan (arwah suaminya dan Datuk Abang) ... belakang surau tu jer... tapi takut Abang dtg jemput. Lagipon Tok tak larat nak jalan2 sangat. Tak lama tu Abang datang amek. Sampai umah, ramai yang dah ready baju baru. Mama jer yang lambat sket sebab Mama sakit belakang. Susah nak bangun dah 2 minggu. Tapi katanya masa tu Mama tengah bersiap. Tibalah sesi bersalam-salaman. Meriah sungguh. Banyak family, yang tua salam yang muda. Kalau kat umah saya kat Kelantan.... saya salam arwah ayah jer dulu ngan Mak... pastu adik2 salam saya ... heheeh ... tapi ni ramaaaaaaaiii. Masa saya nak salam ngan Abang tu kelakar... kat dalam bilik, Saya ikhlas mintak maaf... saya tau saya banyak salah... Abang kata ni nak kene amek gambar ni masa bersalam ... ader jer dia :-) Saya ingat lagi masa bulan puasa Abang kata dia tak sabar nak beraya dengan saya. Lepas tu kami beramai-ramai pi beraya umah Makcik Leha ... kat belakang tu jer tapi kene naik kete gak. Abah ikut, Mama tak ... NikFarah & family, Abg Picai & family, Oyang ... pi serbu umah Makcik Leha. Makan Laksa ... heheheh ... Cik Leha ni lah yang jaga Kak Ila (isteri abg Picai-kakak ipar saya) dulu. Dah berusia tapi lawa lagi orangnya. Pastu gi umah Pak Anjang. Kali ni Farah ngan Abng Picai tak ikut.... Saya ngan Abang, Tok serta Anak-anak Abang Picai ngan anak-anak maksu jer.... Pastu kami ke bandar, kali ni ramai2 pi termasuk Kak Lini, Along, Ngah, Uncle Ahmad ... pi rumah Mak Long. Mak long buat soto siap begedil. Lepas tu, saya ngan ABang naik ngan Fara ngan Nik... ke rumah kakak nik pulak ... nak makan nasi Arab depa ni ... Adoiyai ... saya da tak boleh tahan dah..... Lepas tu balik berehat jap ... dah tak tahan, lagipun panas. Berehat sambil tertidur ... lepas solat Zuhur. Tiba2 Tok ketuk pintu, Oyang sms Abang ... ajak pi Tok Pulau, tmpt family gathering Kak Ila... makan satay. Adoiyai... ikut jugak. Subhanallah ... lagi ramai orang. Saya ikut Tok...dalam pukul 5 kami balik. Tak boleh lama2 sebab nak berkemas rumah, esoknya ader majlis doa' selamat kami ... sempena saya ngan Abang .... heheheh. Balik tu tolong apa yang patut persiapan untuk esoknya. Hari Raya Kedua, dari pagi lagi aku tolong Makcik Kiah (adik Abah) kat dapur. Oh ya ... makcik ngan uncle hadi sampai petang hari raya pertama... keluarga Fairuz (anak Ngah Lian ngan Uncle Ahmad) pulak sampai satu van. Masa tolong keje2 mengemas ngan kat dapur tu sya belum mandi ... Majlis Doa' Selamat ni sekali ngan Tahlil.... bermula jam 11.00pagi -3ptg. Dalam pukul 10.15 tu nak tolong kak ila packing gift ... Makcik Kiah ngan yang lain2 tak bagi ... "dah-dah pegi mandi ... nanti org nak dtg dah tu" ... heheheheh Kata depa, nnti saya ngan Abang yang kene sambut tetamu. Gulp. Sedang elok lepas mandi ... siap2 sikit, kat ruang tamu dah penuh dengan tamu dan sedara mara yang datang dengan yassin masing2. Saya terus duk kat tepi Tok ... baca Yassin sama. Tengah2 dok baca yassin tu ... makin ramai tetamu perempuan yang dtg... depa masuk ikut pintu belakang. Lepas jer baca yassin ... jemputan dijemput makan. Pnat makcik2 suoh dok depan ... saya tak sampai hati nak dok berlenggang. Alih2 kat dapur luar tu saya dok (masih nampak tetamu yang dtg) ... tolong tambah lauk dan buat apa yang patut. Katanya yang dtg ramai2 tu belum org luar lagi... masih anak beranak ... Mak aiiii. Jemputan dalam 200 orang jer tapi mungkin disebabkan raya... ramai orang tak putus2 ... ader dlm 400 orang. Alhamdulillah. Mereka sumer kata rezeki. Lauk, nasi sumer habis... tak membazir... lauk pulak sedap2 ... Daging ngan Rebung, Masak lemak nanas ngan ikan talang, kurma ayam, daging masak asam.... sedap. Abang pon sama .... kesian ... kene basuh pinggan mangkuk. Hehehehe.... Depa usik... eloklah tu sorang pengantin kat dapur, sorang basuh pinggan :-). Tetamu beransur, saya ngan Abang amek peluang makan bersama. Kene usik lagi ... baru sempat makan beradab. Lepas tu kami sumer gotong royong lagi ... kemas pulak. Dah selesai tu ... penatnya Ya Tuhan. Hajat nak ke Padang Besar tak mungkin ... masing2 dah penat. Malam tu batuk sya makin menjadi, Abang ajak pi klinik. Saya akur... sebab tak tahan sagt dah. Round2 bandr Kangar... takder klinik yang bukak... alih2 abang pi beli ubat batuk lagi ... kali ni cap kelapa laut afrika pulak. Abang tanya nak ke Kuala Perlis tak? Saya tau Abng tak larat ... bal;ik jerlah. Balik tu tgk Alza NikFarah pun takader. Upanya depa hantar Mama pi unit kecemasan... Mama kene inject sejarum. Alhamdulillah ok sket. Malam tu, kami semua tidur dgn tak ingat dunia ... hahahha. Labels: Alhamdulillah, fun, KhaiLeen, raya Saturday, September 10, 2011 | Saturday, September 10, 2011 | 3 komen entri ni
Lokasi: Kelantan-to-Perlis (Kg Tok Peduka, Kangar) Masa bertolak: 10.30pagi Masa sampai: 4.ooptg Haa da masuk episod ke-2. Episod kali ni mestilah ttg pengalaman saya ke Perlis dan beraya bersama sebagai isteri dan anak menantu (bukan anak hantu yer!). Mak ngan adik2 tak dpt nak ikut sama, terkilan jugak, sebab plan asal nak bawak mereka sekeluarga ttp disebabkan ade hal yang tak boleh dielakkan... saya berdua dengan suami jer. Hari tu batuk dan perit tekak saya makin menjadi. Minggu terakhir di ofis, saya dah amek MC sehari sbb bangun pg tu badan mengigil... nak bercakap suara takder... sampai balik Kelantan tak okay jugak. Hari tu nak gerak pon tak okay jugak. Suami ajak pegi klinik lagi, sya tak nak ... leceh... heheh (mmg saya tak suka klinik pon... dan bau-bauannya). Perjalanan agak slow sebab kete banyak. Ramai jugak org nak balik beraya ke utara. Pagi tu bertolak lambat sket. Sepatutnya selepas subuh. Best dapat sahur ramai2 pagi tu, semua bangun. Pagi tu p beli keropok dulu untuk abah. Beli ayam, santan dan bahan2 untuk masak ... tinggalkan untuk mak ngan adik2 nak raya. Zakat fitrah sumer. Lepas selesai tu baru kami gerak. Abang, aper lagi time nilah dier nak guna GPS baru dier tu. Maklumlah ni first time Abang balik Perlis dari Kelantan. Balik pada cerita batuk td, batuk makin menjadi2. Awal lagi, abang ckp tak payah puasa, minum air... pegi klinik. Saya buat derk jer. Dah kronik tu Abang ajak jugak, saya ckp tak payah lah ... tp pi cari ubat batuk. Singgah kat kedai peladang tanah merah, beli ubat batuk cap ibu dan anakl(sblm smpai kelantan dan beli ubat batuk hurix gamat--- tertinggal kat umah kelantan) ngan beli air. Terpaksa saya mengorbankan ibadat puasa aritu... sebab dah tak mampu. Ok sket jer... sekurang2nya tak perit sgt. Tapi masalah kesihatan tu sikit pun tak hilangkan excited saya nak balik Perlis, kampung suami terchenta. Pemandangan yang cantik :-).... bukit bukau. Cuma bila dah kat grik tu ... kawasan atas bukit tu, saya tak berapa gemar. Telinga jadi bengang .... berdesing jer (kesan tempat tinggi) ...Ya Rabbi, punyalah panjang perjalanan yang kat atas bukit ti. Hampir 50% perjalanan ke sana... ader kat atas bukit tu ( I guessed!). Bila da masuk Perlis, ujan turun, sekejap renyai2, sekejap lebat. Cantik sgt pemndangan. Lalu Alor Setar sumer. Bila dah sampai area situ, hati mula2 berdebor (tau kecut....) Tiba2 terfikir, ramainya org kat kmpg yg tgh tunggu kami. Sepanjang perjalanan, telefon Abang kejap2 mesej, kejap2 incoming call ... kalau tak Abah, Oyang... Kalau tak Oyang ... Farah ... ader sekali Abang Picai. Bila fikir ramai org, aku jadi kecut perut. Aku suarakan kebimbangan pada suami. Abang pegang erat tangan aku, dia kata aku akan ok. Dia kata dia tau aku. Dalam hati ... yoyo o jer Abang ni. Bila dah sampai Kangar lagi kuat degupan jantung aku ... macam ade subwoofer. Akhirnya sampailah ke kmpg Abang... heheheh mmg ramai org. Abah tengah masak... Mama, ngah, farah, abang picai, dan keluarga yg lain. Sampai, solat dulu. Pastu saya mandi ... dan terus ke dapur ... tolong masak juadah untuk berbuka :-) Baru aku tau naper Abang masa mula2 kenal dulu, kalau makan tak sekali. Kalau pi umah Bag Farid pon ceduk2 ... pastu pi makan sendiri. Ala2 buffet gitu. Sebabbbb... keluarga Abang besar (wlwpun 4 bradik jer tapi sumer keluarga sepupu sepapat selalu berkumpul sama, malah kecik2 dulu sama2) .... Keluarga aku ... keluarga aku jer, sebab tu makan berhidang... kene tunggu ader sumer baru makan. Heheheheh.... aku dah faham. Last berbuka mmg meriah ... dgn anak2 sedara, sepupu sepapat sumer... Alhamdulillah. Makanan pulak banyak, Abah masak sop utara.... sedap sangat. Rendang utk raya, Abah da masak... ketupat daun palas pon Tok dah masak. Lepas berbuka, solat dan berehat jap, aku tolong Tok belah rebung (erm... terer tak aku, padahal sblm ni rebung pon tak makan). Rebung tu utk Majlis Doa Selamat Aku ngan Abang pada Hari Raya Ke2. Rebung tu ader sebesen. Sblm berbuka aku dah tolong Tok, Tok puji ... sekali ajar dah pandai ... ecececec. Lepas berbuka aku keluar bilik tgk Abang tgh tolong Tok, aku pon duduk sama. Sampai lah habis rebung2 tu aku kerjakan. Malam tu kol 12 jugak lah kami tido... sambung episod 3 pulak .... Hari Raya di Perlis :-) Labels: aidilfitri, fun, kampung, KhaiLeen, perlis, raya Saturday, August 27, 2011 | Saturday, August 27, 2011 | 0 komen entri ni
Labels: amalan, fun, ibadat, Islam, Ramadhan, raya Thursday, August 18, 2011 | Thursday, August 18, 2011 | 1 komen entri ni
Salam Ramadhan, Semalam Nuzul Quran. Alhamdulillah. Semalam juga ada majlis berbuka puasa, acara tahunan INSTEDT di Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi... kat sini-sini aje. Pada asalnya nak buat kat Persada Convention Centre, tapi ramai yang tak dapat hadir. Almaklumlah, malam2 nak ke JB, di bulan Ramadhan pulak tu. Tapi kali ni INSTEDT sewa ballroom yang paling besar kat Lotus ... heheheh (tak dapat buat kat Persada). Selera bos bertambah 'besar' sekarang... akekeke takderlah, staf INSTEDT dah bertambah ramai ... ruang kecik2 tak cukup. Saya malas balik Sening, sebab acara bermula jam 5.30ptg, wat penat jer balik. Tumpang asrama, Sue kan warden ... Alhamdulillah. Kami sampai agak lewat jugak (kami? ... Rai, sri and saya)... sebab kami tunggu Sue ngan Jejai balik drpd lawatan LI. Sampai-sampai jer ballroom gelap, tgh wat preparation lagi org Lotus ni... gelap tak gelap pon aku snap ajer gambor kawan2... macam kat bawah ni . . . . . . . . . . . . . Dalam 15 minit bergelap, barulah depa on lampu. Dah terang macam kat bawah ni... wink wink wink ... (hehehee... dan gambar aku yang agak ober ni) Lebih kurang 6.40ptg, baru Pengerusi Eksekutif sampai... majlis mula. Hehehe dan lagi sebenarnya semalam, warga INSTEDT tertunggu-tunggu berita gembira. Macam majlis berbuka tahun2 yang sudah... :-) heheheh. Alhamdulillah ... rezeki. Thanks Bos! Walaupun dpt setengah jer.... dapat jugak... cam gomen kan? Paling minimum pun dapat RM500. Alhamdulillah .... nak dpat penuh macam tahun lepas2... usaha lagi. Hehehehe. Apapun syukur atas rezeki ni. Takderlah nak plan lain pulak ... belanjawan raya da prepare siap2. Lagipun naik raya ni ... InsyaALLAH terus daftar kelas Master... duit lagi ... ha ha ha ... demi mengejar sesuatu kita kene korbankan sesuatu. Dan sesuatu di sini adalah ... wang ringgit. Ngeh ngeh ngeh.... untuk kuih muih, kali ni beli jer. InsyaALLAH tahun depan nak wat sendri. Suka buat sendiri walaupun tak sodap. Kui Kui kui... Lagi pict sekitar majlis yang berlangsung.... ceria sungguh muka sahabat2ku.... dan lagi Labels: fun, instedt, Ramadhan, raya Saturday, August 28, 2010 | Saturday, August 28, 2010 | 2 komen entri ni
Assalamua'laikum ... erm...Salam Ramadhan...walaupun hari ni dah hari ke 18 umat Islam berpuasa. Apa nak dikata, blog ni dah lama tak berisi walaupun tuannya tetap berisi. Kah kah kah ... Erm biasalah ... alasan sama, tak sempat! Hehehe, tapi mmg betul pon. =) wlaupun tak update tapi tetap selalu bukak sebab nak tgk kawan2 update apa. Baca kawan2 punye story pon cukup. Kejap jer ... da nak raya, padahal rasa macam baru je puasa ... masa mmg bukan sahabat yang baik... memang tak tunggu kita =( BTW ni lah Sabtu yg paling lengang ... kalau tak ader jer aktiviti kat INSTEDT ni. Khamis lepas ader majlis buka puasa ngan tahlil kat Darus Syifa', malam sebelumnya kat kafe INSTEDT (PRS). Lengang2 jugak, malam ni still ader aktiviti. Majlis berbuka puasa INSTEDT kat Lotus Desaru Beach Resort. Alhamdulillah, asyik makan free jerk ... heheheh :-), malam ni kami sumer sama2 buka puasa ngan anak-anak yatim Al-Husna. Erm... Lotus ni mmg antara yang paling femes kat sini lah ... dari luar ala-ala disneyland gitu. Erm... actually sumer tgh tguu brita gembira... =) apalah nanti... hehehh. Ntahlah ... Wallahualam. Erm... dalam masa yang sama aku menghitung hari ... nak balik kampung jumpa keluarga tercinta, yang dirindui selalu. Raya kali ni Alhamdulillah, syukur dengan rezki dariMu ... Ya ALLAH.... dapat beraya dengan rumah impian arwah ayah ... dah mak laksanakan... siap juga akhirnya... dan juga dapat jalan2 sekaligus dengan MakTam JME tu ... tak payah nak jalan2 dua kereta lagi ... Alhamdulillah ... Semakin tua aku, Alhamdulillah makin tnang. Aku syukur kerana apa yang mendatang aku boleh tangani dengan hati yang terbuka ... dengan tenang.Padahal aku ni kaki clumsy kalau dalam urusan2 ... dailylife ... huhu. K lah .. nanti citer lagi (biler lah nanti tu?) ... sebab nak sambung wat sistem ni. Doa'kan aku berjaya... nak memudahkan data2 student jabatan aku ni ... tak nak bergantung spenuhnya pada OTB tu :-). Daaaa Labels: family sayang, instedt, Ramadhan, raya |